Total Pageviews

Sunday, May 1, 2011

Malang Tidak Berbau


maaf la.. leh tahan lama gak aku tak update blog aku ni.. walaupun aku tau tak ramai mana pun tgk hehe.. lagipun aku baru teringat yang aku rupa2nya ada blog.. hehe lupa~~

hemm.. skang ni bulan mei..
menandakan cukup sebulan aku di dalam kesakitan dan menahan perit dalam proses pemulihan aku.. kerana tanggal....... em... hehe.. tak ingat laa. tp hujung bulan 3 aritu aku terlibat di dalam satu kemalangan...

kemalangan aku ni agak kelakar sikit.. quite stupid if tgk dgn mata kasar.. sbb aku accident dengan anjing. bersama2 dgn teman baik aku abdullah solehin adnan. sebenarnya kami waktu tu on the way balik rumah dari kolej tgk jadual exam.
tapi malang tidak berbau dan sgt busuk la kalau dah tar highway tu bercampur lak dgn darah aku dgn bekas tayar kereta orang len.. =_=" huhu..

anyway.. accident tu terjadi dekat highway bukit dukung. elok2 aku bawak moto sambil nyanyi. aku nampak ada anjing melintas kejar lori
(diulangi ATAS HIGHWAY!) so aku buat bodo ja la sebab takde kena mengena dgn aku..
TUP TUP~ anjing tu boleh plak patah balik menghala ke arah aku.. aku dah dekat dgn dia memang aku takleh buat apa la.. mengelak kiri jatuh mengelak kanan jatuh. brek wikang kang member aku lak yang melambung. =.=" hahaha..

last2 betapa cepatnya masa berlalu nak pikir apa pun tak sempat... aku pasrah, pejam mata dan disaat tu la aku dapat rasa terbang macam superman.. cium tanah.. akibatnya rahang kiri kanan aku patah, dagu aku pun broken. 5 gigi aku hancur.. hilang.. kulit mulut aku terkoyak..

member aku plak.. HAMPEH.. dia terjun dulu.. bukan nak tarik aku sekali.. hahaha.. macam mana pun ada gak injured dia kuku kaki patah dan kaki dia luka dalam.. mungkin sebab terseret kot..
aku tak berapa nak tau sgt keadaan dia sbb keadaan aku sendiri pun boleh dikatakan teruk..

seminggu aku kat wad hospital serdang..
buat operation masuk besi kat dagu.. yg rahang diorang (doktor) takleh kacau sbb patahnya dekat dgn urat dan darah.. jadi kalau tersilap sikit, maybe rahang aku leh jatuh.. jadi aku diberi tempoh selama 3 bulan utk duduk kat rumah dan rehat..

heh. tp diorang silap!!.. memang tak ar aku nak dok senyap kat rumah.. aku kaki rayau.. tak reti dok senyap.. dan disaat jadinya musibah tu.
aku nampak siapa yg betul2 dgn aku..
siapa kawan siapa lawan. aku tak pernah silap dalam memilih kawan.. tak putus2 jengok aku, tgk aku, tp ada gak yg leceh. sbb bahankan aku sebab officially 2 gigi depan aku hilang..
hahaha. daym!!!

orang kata yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti. tp nak tumbuh pe jadahnye umur aku dah 21.. gigi susu dah setel semua..
dan nak ganti lagi la. sebatang gigi rm2100 mana nak cari kalau dah 5 batang gigi hilang..
dekat 10k gak duitnya.. grrrr...

ni gambar aku selepas 2 hari accident tu.. err. lupa nak habaq, staff2 hospital kajang suruh aku balik r
umah sbb kata depa aku ok..
takda yg patah.. accident jumaat, checkup isnin.
isnin tu baru diorang tau patah.. tupun doktor bangang tu pegi tekan dagu aku lepas begado suruh bukak mulut luas sikit.. mmg tak dapat la kalau rahang aku patah gile! dah2 ni gambarnye



3 comments:

  1. pergh.... mmg anjing musuh aku selamanya... haha... take care weyh...semoga cepat sembuh~

    ReplyDelete
  2. aisyah.. aku actually ok je dgn anjing2 ni. tp bila dah jadi camni, i dont see them as they are anymore.. hehe thx!! =D

    ReplyDelete
  3. 18/3/2011 remember this

    ReplyDelete