Total Pageviews

Monday, May 2, 2011

Pencarian



Hidup sebagai manusia penuh dengan pencarian. tak akan pernah terhenti utk kita mencari sesuatu. samada mencari barang, makanan, kawan, kekasih, keluarga, allah, diri kita sendiri.. dan sebagainya

Pernah tak korang terfikir? bila kau ditimpa musibah baru allah s.w.t yg korang semua cari? paling koman pun keluarga.. mana kekasih korang? mana kawan2 korang? korang takkan cari diorang kerana faktanya korang sedar diorang takkan dapat menolong korang diwaktu didalam keadaan bala yg datang..

Korang tak rasa malu atau segan ke bila mula2nya kau enjoy happy sampai lupakan tuhan dan bila terjadi sesuatu buruk kat korang, baru kau ingat allah..
dan bila keadaan dah ok.. korang lupa diri balik? banyak kali benda ni terjadi kat aku.. sampai suatu tahap aku malu utk mohon keampunan yang maha esa..

Tapi itu perkara biasa utk makhluk yang bernama manusia.. selagi kau tak berpegang dgn iman kau dan alif lam lam ha.


kau sentiasa terpesong.. dan sedarlah sesungguhnya allah lebih menghargai manusia yg mencari-NYA.


Berkaitan dengan entry aku kali ni. aku didalam keadaan ditimpa musibah. sampai kepala aku kusut. dan aku cuba berubah merajinkan diri aku mendekatkan dengan allah s.w.t tapi aku tersedar balik, adakah perubahan aku kerana-NYA atau atas musibah yg berlaku? aku tak mahu perubahan aku utk sementara sahaja. jadi aku cuba memencilkan diri. cuba mencari ketenangan dan bermuhasabah diri.

Aku mula mencari siapa diri aku di atas bumi hak milik-NYA. tetapi macam mana dapat aku cari dan peroleh semua tu kalau aku tak rasa tenang? alhamdulillah setakat ni aku tak gila. tapi cukuplah aku bergelak ketawa dengan mereka. cukuplah aku dgn berbual kosong. aku inginkan masa sendirian dalam mencari satu ketenangan, satu kemaafan, satu ketakwaan.

Aku ingin berubah kerana Allah s.w.t bukan sebab lain.. biarkan aku didalam minda aku sendiri utk sementara waktu.. sesungguhnya aku terluka.. dan tiada siapa yang dapat membantu aku.. jadi aku akan teruskan pencarian aku.


(fahami lah lagu ini.. )

Mungkin tiada yang akan memahami entry aku kali ni. kerana entry aku ini memaksa kamu semua utk berfikir dgn persoalan yang aku berikan, dan ayat2 tersirat yg aku luahkan. fahami lah bahawa mencari sesuatu adalah susah.. dan cuma masa yg akan membawa kita menjumpai sesuatu..

No comments:

Post a Comment