Total Pageviews

Saturday, May 7, 2011

Choices

Hidup sebagai seorang manusia yg telah diberi kenikmatan utk bebas berfikir dan memilih tidak semudah mana yg disangkakan. Semakin meningkat usia semakin berat tanggungjawab dan semakin banyak pilihan yg harus ditetapkan.

Setiap pemikiran kita, pergerakan kita, percakapan kita dan sebagainya sentiasa punya pilihan.. pernah tak terfikir? kenapa kita memilih utk menaip dari bersuara, menyanyi dari bercakap utk meluahkan sesuatu? memilih jalan disebelah kiri daripada jalan disebelah kanan?

Ketahuilah setiap pilihan yang kita ambil tidak akan ada yang salah ataupun betul.. kerana pemilihan kita itulah takdir kita. penentuan kita.. jalan cerita hidup kita di dunia ini. cuma selepas kita memilih perlulah pandai mengorak langkah dalam pilihan kita.

Tiada yang datang dengan sendiri. duit, cinta, kerja, rakan, dan sebagainya tak akan datang bergolek atau turun dari langit.. usaha perlu setimpal keyakinan dan kerajinan kita.. kita yang memilih siapa kita di masa depan. selagi punya kewarasan memilih.. pilih lah sebijak2nya.

marah, cemburu, ego, bongkak, baik, sayang,cinta dan sebagainya adalah tindakan yg dipilih setiap individu dgn sendirinya.. Ingat.. siapa yang mengawal siapa... kita mengawal tindakan kita? atau tindakan kita itu yang mengawal kita? PILIH lah... PILIH lah... PILIH lah.....

No comments:

Post a Comment