Total Pageviews

Sunday, May 15, 2011

DUNHILL

DUNHILL.. jenama rokok yang paling terkenal, paling layan, paling best utk dihisap.. Tapi. Post aku ini bukan berkenaan rokok. tetapi berkenaan dengan maksud tersirat disebalik perkataan DUNHILL itu..

Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang.

Kalau dilihat secara terperinci. maksud tu sgt mendalam. benar dan menakutkan. namun memang itulah dunia. itulah hidup.. hidup kita sentiasa terumbang-ambing, melayang2 kiri kanan. tiada ketetapan dalam perjalanan hidup sementara ni.

sekuat mana pegangan kita dalam tujuan mencapai kejayaan, sentiasa ada yg menghalang. arus gelora sentiasa meniup ke dalam sanubari kita sehingga kita terikut2 dan lalai akhirnya terduduk di tepi tangga mengenang segala kesilapan dan kesalahan dalam mencapai sesuatu perkara.

kerana Dunia ini umpama neraka lah Hidup kita ibarat layang2.. Manusia2 yg berada di dunia sentiasa terbahagi kepada 2 iaitu baik dan jahat. sejak zaman para nabi dan rasul lagi. termaktub dan tersedia ada bukti2 nya. di situ lah fungsinya akal yg dianugerahkan Allah s.w.t untuk kita berfikir dan pilih. dimana kita berdiri.

Kita sebagai manusia takkan dapat lari dari melakukan kesalahan.. namun fikirlah, siapa kita, dimana tempat kita berdiri? jika kita berdiri di atas pegangan alif lam lam ha. alhamdulillah. tp jika kita berpegang atas harta, maruah, hiburan? fikirkan apa yang terjadi di masa depan kelak..

DIMANA KAMU BERDIRI????

No comments:

Post a Comment