Total Pageviews

Monday, May 30, 2011

Sebelum, Semasa dan Selepas..

Haa meh sini baca dan pikiaq sat dgn aku pasai satu benda yg buat aku betul2 pening.. bukan apa, pelik sebab benda ni common dan biasa terjadi kat mana2 pasangan yg konon2 sedang hangat bercinta..

Hangpa semua tak pelik ka bila hangpa tgk kat diri sendiri, tgk kat kawan2 yg mula2 terminat kat mana2 lelaki/perempuan pastu mula la buat ayat guguq jantung, pastu cakap macam care, teman dia pi mana2, kalau boleh dia nak pi berak pun teman sekali.. =.="
( hangpa mmg gila la kalau buat macam tu.. )

Orang kata apa tu, tak kenal maka tak cinta? so is that the reason yg buat korang tehegeh2 mesej tak putus2 sampai tak cukup jari tangan, pakai jari kaki lak sms?
is that the reason buat korang cakap a simple sentence macam
"hai tgh buat ape? sehat? saja sms tanya habaq.." mmg sweet dan actually bagus buat macam tu..
orang kata conversation starter.. tp... yg jadi isu kat sini bila, kita dah dapat something, mana pi ayat2 guguq jantung hang? mana pi suara2 lembut hang? mana pi care hang?

Banyak aku tgk kat kawan2 aku, dan kat diri aku sendiri la. sebelum kapel bukan main. phone tak lepas kat tgn, tp lepas dah dapat. haa start lepas semua.. satu2 tinggai.
pi lempaq buang kat mana2...
dulu ada consideration antara satu sama lain. konon2nya nak paham si bakal kekasih.. tp lepas couple paham ke jadah apa kalau hati tak dijaga, letih tak ditanya, nasihat tak didengar. masuk telinga kanan kelua telinga kiri.. sampai satu tahap no more communication. lepas tu mula la bosan tu bosan ni.. pastu gaduh, pastu break..

Part lepas dah break ni best.. lepas break mula la tehegeh2 cakap sori2 sayang lagi salah ni salah tu. tp everytime couple balik pun jadi benda sama gak. wth? mula la buat ayat kmbang kempis hidung, kecut kote semua cam haram. haha.. bila bosan, takde arah tuju, dia nmpak ex dia yg still care, dia pi balik. yg ex tu pun bodo layan kan je. hmph.. hambik ludah jilat balik.. kena kat batang hidung sendiri buat kali kedua ketiga dan bla3.

AN "EX" IS CALLED AN "EX" BECAUSE IT'S AN EXAMPLE OF WHO AND WHAT YOU SHOULDN'T DATE AND DO IN THE FUTURE.. comprende??

Wednesday, May 18, 2011

..Just For You..


Behind the morning sky,
There is a space.
Not so grey and not that i can say.
I woke up every morning just to pray.

Asking god for the morning to stay.
I did it day by day,
But god chooses to do it god's way.
Gave us night for us to lay.

So lay my dear lay,
Take a goodnight sleep if u may.
Dont worry because everything will be okay.

Tuesday, May 17, 2011

Berhenti Berharap..



wahai kawan..

tak usah kau harapkan dia untuk kembali
tak usah kau harapkan dia yang dah pergi
tak usah kau harapkan dia untuk berdiri disisi

wahai kawan..

tak usah kau menanti dirinya lagi
tak usah kau menanti dirinya setiap hari
tak usah kau menanti berita2nya yang terkini

wahai kawan..

berhentilah dari memikirkannya
berhentilah menyeksakan jiwa
berhentilah menjadikan diri kamu hamba

ingat kembali segala yang dia laksana
ingat kembali segala dusta2
ingat kembali dimana dia diwaktu kamu merana
ingat kembali cubaan kau ditolak buta2
ingat kembali robekan hati yang kau semuka

orang yang baik akan diberi pasangan yang baik..
perjalanan kita masih jauh.
bukakan hati dan bukakan minda.
dia (jodoh) akan tetap tiba

Sunday, May 15, 2011

DUNHILL

DUNHILL.. jenama rokok yang paling terkenal, paling layan, paling best utk dihisap.. Tapi. Post aku ini bukan berkenaan rokok. tetapi berkenaan dengan maksud tersirat disebalik perkataan DUNHILL itu..

Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang.

Kalau dilihat secara terperinci. maksud tu sgt mendalam. benar dan menakutkan. namun memang itulah dunia. itulah hidup.. hidup kita sentiasa terumbang-ambing, melayang2 kiri kanan. tiada ketetapan dalam perjalanan hidup sementara ni.

sekuat mana pegangan kita dalam tujuan mencapai kejayaan, sentiasa ada yg menghalang. arus gelora sentiasa meniup ke dalam sanubari kita sehingga kita terikut2 dan lalai akhirnya terduduk di tepi tangga mengenang segala kesilapan dan kesalahan dalam mencapai sesuatu perkara.

kerana Dunia ini umpama neraka lah Hidup kita ibarat layang2.. Manusia2 yg berada di dunia sentiasa terbahagi kepada 2 iaitu baik dan jahat. sejak zaman para nabi dan rasul lagi. termaktub dan tersedia ada bukti2 nya. di situ lah fungsinya akal yg dianugerahkan Allah s.w.t untuk kita berfikir dan pilih. dimana kita berdiri.

Kita sebagai manusia takkan dapat lari dari melakukan kesalahan.. namun fikirlah, siapa kita, dimana tempat kita berdiri? jika kita berdiri di atas pegangan alif lam lam ha. alhamdulillah. tp jika kita berpegang atas harta, maruah, hiburan? fikirkan apa yang terjadi di masa depan kelak..

DIMANA KAMU BERDIRI????

Thursday, May 12, 2011

~A boy who fool a Genie~

Use Your HEAD! XD

Love and money : equal???



Money. Money. Money


Money can buy a house
But not a home


Money can buy a bed
But not sleep


Money can buy a clock
But not time


Money can buy you a book
But not knowledge


Money can buy you a position
But not respect


Money can buy you medicine
But not health


Money can buy you blood
But not life


Money can buy you sex
But not love


You see..
Money isn't everything.
Certain things money can't buy.
Yet it often causes pain and suffering.


I'm telling you all this because I am your friend.


I am your friend..


And as a friend,


I want to take away your all your pain and suffering.


So send me all your money and I will suffer for you.

Cash only, please.


Yours truthfully,


your friend

Haniff Zunnurain Bin Saad
.........................

Sunday, May 8, 2011

Para Sahabat ku






















Sahabatku

andai hari ini hari terakhir ucapan salam dari ku buatmu…
andai hari ini hari terakhir senyum ku buatmu…
andai hari ini hari terakhir nasihat dari ku buatmu…
andai hari ini hari terakhir nama mu terucap oleh ku..
andai hari ini hari terakhir air mata ku jatuh ke bumi Allah

hanya kerana mengenangkan mu wahai sahabat-sahabatku….

dan
andai hari ini hari terakhir kita bertemu…
ku harap hari esok masih ada ruang
di hati mu wahai sahatbat untuk kau memaafkan segala kesalahan ku yg lalu…
dan aku juga ingin kau tahu wahai sahabat...
ukhwah yg terbina tak mungkin ku lupakan...

impian ku hanya satu…
jadilah insan yg soleh serta solehah walaupun ianya perit untuk kau capai…

Tali persahabatan itu penting pada diri ku.
sesungguhnya jaga lah dirimu seelok2nya..
=)

5 Fingers for A Reason...




My pinky finger..
  • -For my bestfriends and the promises i will never break

My ring finger..
  • -For that special girl, when the time is right..

My Middle finger..
  • -For that buggers who push me too far

My pointer finger..
  • -To pick out my dearest Family members..

My thumb
  • -To show everyone that im going to be okay. =D

Saturday, May 7, 2011

Choices

Hidup sebagai seorang manusia yg telah diberi kenikmatan utk bebas berfikir dan memilih tidak semudah mana yg disangkakan. Semakin meningkat usia semakin berat tanggungjawab dan semakin banyak pilihan yg harus ditetapkan.

Setiap pemikiran kita, pergerakan kita, percakapan kita dan sebagainya sentiasa punya pilihan.. pernah tak terfikir? kenapa kita memilih utk menaip dari bersuara, menyanyi dari bercakap utk meluahkan sesuatu? memilih jalan disebelah kiri daripada jalan disebelah kanan?

Ketahuilah setiap pilihan yang kita ambil tidak akan ada yang salah ataupun betul.. kerana pemilihan kita itulah takdir kita. penentuan kita.. jalan cerita hidup kita di dunia ini. cuma selepas kita memilih perlulah pandai mengorak langkah dalam pilihan kita.

Tiada yang datang dengan sendiri. duit, cinta, kerja, rakan, dan sebagainya tak akan datang bergolek atau turun dari langit.. usaha perlu setimpal keyakinan dan kerajinan kita.. kita yang memilih siapa kita di masa depan. selagi punya kewarasan memilih.. pilih lah sebijak2nya.

marah, cemburu, ego, bongkak, baik, sayang,cinta dan sebagainya adalah tindakan yg dipilih setiap individu dgn sendirinya.. Ingat.. siapa yang mengawal siapa... kita mengawal tindakan kita? atau tindakan kita itu yang mengawal kita? PILIH lah... PILIH lah... PILIH lah.....

Thursday, May 5, 2011

A Sad Story...

The question is... can we do it??

To love someone is nothing, to be loved is something.. to be loved by someone you love is everything..

Wednesday, May 4, 2011

Akulah Insan

kegelapan malam yang
tiada cahaya
membuatkan diriku tenggelam
bersama

irama yang nan syahdu
tiada berlagu
hanya dirimu
di hatiku

dendangan merdumu
membuai tidur lenaku
mengalun mimpi mimpi ku
bersama kamu

aku lah insan
waktu berduka
aku lah teman
waktu gembira
aku lah insan
yang kan bersama
aku lah teman
kamu di syurga

pejamkanlah matamu
hilangkan segala tangisan
lupakan yang berlaku
kerna ia telah pun berlalu

dari hidupmu
dalam tidurmu
esok bermula
segala semula

Monday, May 2, 2011

Pencarian



Hidup sebagai manusia penuh dengan pencarian. tak akan pernah terhenti utk kita mencari sesuatu. samada mencari barang, makanan, kawan, kekasih, keluarga, allah, diri kita sendiri.. dan sebagainya

Pernah tak korang terfikir? bila kau ditimpa musibah baru allah s.w.t yg korang semua cari? paling koman pun keluarga.. mana kekasih korang? mana kawan2 korang? korang takkan cari diorang kerana faktanya korang sedar diorang takkan dapat menolong korang diwaktu didalam keadaan bala yg datang..

Korang tak rasa malu atau segan ke bila mula2nya kau enjoy happy sampai lupakan tuhan dan bila terjadi sesuatu buruk kat korang, baru kau ingat allah..
dan bila keadaan dah ok.. korang lupa diri balik? banyak kali benda ni terjadi kat aku.. sampai suatu tahap aku malu utk mohon keampunan yang maha esa..

Tapi itu perkara biasa utk makhluk yang bernama manusia.. selagi kau tak berpegang dgn iman kau dan alif lam lam ha.


kau sentiasa terpesong.. dan sedarlah sesungguhnya allah lebih menghargai manusia yg mencari-NYA.


Berkaitan dengan entry aku kali ni. aku didalam keadaan ditimpa musibah. sampai kepala aku kusut. dan aku cuba berubah merajinkan diri aku mendekatkan dengan allah s.w.t tapi aku tersedar balik, adakah perubahan aku kerana-NYA atau atas musibah yg berlaku? aku tak mahu perubahan aku utk sementara sahaja. jadi aku cuba memencilkan diri. cuba mencari ketenangan dan bermuhasabah diri.

Aku mula mencari siapa diri aku di atas bumi hak milik-NYA. tetapi macam mana dapat aku cari dan peroleh semua tu kalau aku tak rasa tenang? alhamdulillah setakat ni aku tak gila. tapi cukuplah aku bergelak ketawa dengan mereka. cukuplah aku dgn berbual kosong. aku inginkan masa sendirian dalam mencari satu ketenangan, satu kemaafan, satu ketakwaan.

Aku ingin berubah kerana Allah s.w.t bukan sebab lain.. biarkan aku didalam minda aku sendiri utk sementara waktu.. sesungguhnya aku terluka.. dan tiada siapa yang dapat membantu aku.. jadi aku akan teruskan pencarian aku.


(fahami lah lagu ini.. )

Mungkin tiada yang akan memahami entry aku kali ni. kerana entry aku ini memaksa kamu semua utk berfikir dgn persoalan yang aku berikan, dan ayat2 tersirat yg aku luahkan. fahami lah bahawa mencari sesuatu adalah susah.. dan cuma masa yg akan membawa kita menjumpai sesuatu..

Sunday, May 1, 2011

LAYANG2 KU MELAYANG

assalamualaikum jembalang-jembalang yg membaca blog aku ni..
ikut kan banyak gak cerita aku nak tulis.. sbb 3 bulan kaaan cuti.. cuma aku takde ada idea nak tulis apa sampai la member aku cakap pasal cerita sensasi kita pada hari ini.. LAYANG2..
bukan pasal dia nak main layang2. atau bukan dia nak buat layang2.. tak tak.. tapi apa yg dia maksudkan tu
adalah kawan itu ibarat layang2. penah korang terpikir? semakin kuat angin, semakin jauh layang2 tu pergi.. dan kalau kita tak tarik layang2 tu balik, terputus lah layang2 tu terbang bersama angin.. tapi kalau taknak layang2 tu terputus, kotor bagai.. simpan buat perhiasan jela.. hehe
yaaa.. layang2 ni Sama la juga dgn persahabatan.. kalau kita tak cuba bergaul, pegang dan bermain (senang citer communicate) dgn kawan kita diorang akan jadi macam perhiasan la.. mcm account FB tu.. kawan atas nombor~ pastu bagitau orang kawan aku dalam fb lagi ramai dari kau! eh eh ku cepuk gak kang, banyak lak bunyi setan ni~ haha.
anyway, balik kat kes layang2 ni. bila kita dah
"communicate" kita jadi rapat dan rapat dan rapat. sampai satu masa kita amik risk utk main layang2 ni. dalam case human, berbalah, cemburu, membahan dan bagai. tanpa dalam sedar..
kita dah buat layang2 tu berangin..
dan semakin lama kita buat macam tu semakin jauh dia pergi dari kita.. BETUL??
jadi apa yg korang perlu buat utk selamatkan layang2
(tali persahabatan) korang tu, korang kena pegang dan tarik balik biar berdarah sekali pun.. sama la kes dgn kawan2 ni..
bila kita ada perbalahan, kita kena fix kan balik. tarik balik. pujuk dan rapat balik dgn diorang.
sbb bila jadi keadaan macam tu. kau yg pegang tali atau terma lainnya tangan diorang. jgn biarkan layang2 pergi jauh.. PUTUS NANTI...
Pabila putus nya tali, layang2 tu akan terbang tah mana2 sampai la satu hari atau masa, kita akan terjumpa balik layang2 tu. dan bila kita tgk, dah rosak..
maka... PUTUS dan ROSAK lah jua PERSAHABATAN kau.. kita hidup cuma sekali. kau sebok apa nak cari musuh? kau sebok apa nak bedengki dgn orang?? kita hidup biar ramai pertalian..
ada quote ni. if u are kind to the world, the world will be kind to you.. orang dah minta maaf, maaf kan.. sedang allah s.w.t pun ampunkan hambanya, kau sapa taknak ampunkan orang?? c'mon.. GROW up...
member2 lain terseksa dan aku percaya korang pun ada masalah yg sama dgn "kawan" kan?? be wise. be reasonable. turunkan ego.. rendahkan diri tu sikit.. tarik balik pelan2. jgn henjut zap camtu ja.. memang putus la answer dia kan??
aku harap kau paham serba sikit pasal terms layang2 dan kawan2 ni. aku pun dah melalut emo tak tentu pasal.. satu hapah pun tak jadi..
for now aku undur dari~ chaloow...

Malang Tidak Berbau


maaf la.. leh tahan lama gak aku tak update blog aku ni.. walaupun aku tau tak ramai mana pun tgk hehe.. lagipun aku baru teringat yang aku rupa2nya ada blog.. hehe lupa~~

hemm.. skang ni bulan mei..
menandakan cukup sebulan aku di dalam kesakitan dan menahan perit dalam proses pemulihan aku.. kerana tanggal....... em... hehe.. tak ingat laa. tp hujung bulan 3 aritu aku terlibat di dalam satu kemalangan...

kemalangan aku ni agak kelakar sikit.. quite stupid if tgk dgn mata kasar.. sbb aku accident dengan anjing. bersama2 dgn teman baik aku abdullah solehin adnan. sebenarnya kami waktu tu on the way balik rumah dari kolej tgk jadual exam.
tapi malang tidak berbau dan sgt busuk la kalau dah tar highway tu bercampur lak dgn darah aku dgn bekas tayar kereta orang len.. =_=" huhu..

anyway.. accident tu terjadi dekat highway bukit dukung. elok2 aku bawak moto sambil nyanyi. aku nampak ada anjing melintas kejar lori
(diulangi ATAS HIGHWAY!) so aku buat bodo ja la sebab takde kena mengena dgn aku..
TUP TUP~ anjing tu boleh plak patah balik menghala ke arah aku.. aku dah dekat dgn dia memang aku takleh buat apa la.. mengelak kiri jatuh mengelak kanan jatuh. brek wikang kang member aku lak yang melambung. =.=" hahaha..

last2 betapa cepatnya masa berlalu nak pikir apa pun tak sempat... aku pasrah, pejam mata dan disaat tu la aku dapat rasa terbang macam superman.. cium tanah.. akibatnya rahang kiri kanan aku patah, dagu aku pun broken. 5 gigi aku hancur.. hilang.. kulit mulut aku terkoyak..

member aku plak.. HAMPEH.. dia terjun dulu.. bukan nak tarik aku sekali.. hahaha.. macam mana pun ada gak injured dia kuku kaki patah dan kaki dia luka dalam.. mungkin sebab terseret kot..
aku tak berapa nak tau sgt keadaan dia sbb keadaan aku sendiri pun boleh dikatakan teruk..

seminggu aku kat wad hospital serdang..
buat operation masuk besi kat dagu.. yg rahang diorang (doktor) takleh kacau sbb patahnya dekat dgn urat dan darah.. jadi kalau tersilap sikit, maybe rahang aku leh jatuh.. jadi aku diberi tempoh selama 3 bulan utk duduk kat rumah dan rehat..

heh. tp diorang silap!!.. memang tak ar aku nak dok senyap kat rumah.. aku kaki rayau.. tak reti dok senyap.. dan disaat jadinya musibah tu.
aku nampak siapa yg betul2 dgn aku..
siapa kawan siapa lawan. aku tak pernah silap dalam memilih kawan.. tak putus2 jengok aku, tgk aku, tp ada gak yg leceh. sbb bahankan aku sebab officially 2 gigi depan aku hilang..
hahaha. daym!!!

orang kata yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti. tp nak tumbuh pe jadahnye umur aku dah 21.. gigi susu dah setel semua..
dan nak ganti lagi la. sebatang gigi rm2100 mana nak cari kalau dah 5 batang gigi hilang..
dekat 10k gak duitnya.. grrrr...

ni gambar aku selepas 2 hari accident tu.. err. lupa nak habaq, staff2 hospital kajang suruh aku balik r
umah sbb kata depa aku ok..
takda yg patah.. accident jumaat, checkup isnin.
isnin tu baru diorang tau patah.. tupun doktor bangang tu pegi tekan dagu aku lepas begado suruh bukak mulut luas sikit.. mmg tak dapat la kalau rahang aku patah gile! dah2 ni gambarnye