Total Pageviews

Sunday, May 8, 2011

5 Fingers for A Reason...




My pinky finger..
  • -For my bestfriends and the promises i will never break

My ring finger..
  • -For that special girl, when the time is right..

My Middle finger..
  • -For that buggers who push me too far

My pointer finger..
  • -To pick out my dearest Family members..

My thumb
  • -To show everyone that im going to be okay. =D

Saturday, May 7, 2011

Choices

Hidup sebagai seorang manusia yg telah diberi kenikmatan utk bebas berfikir dan memilih tidak semudah mana yg disangkakan. Semakin meningkat usia semakin berat tanggungjawab dan semakin banyak pilihan yg harus ditetapkan.

Setiap pemikiran kita, pergerakan kita, percakapan kita dan sebagainya sentiasa punya pilihan.. pernah tak terfikir? kenapa kita memilih utk menaip dari bersuara, menyanyi dari bercakap utk meluahkan sesuatu? memilih jalan disebelah kiri daripada jalan disebelah kanan?

Ketahuilah setiap pilihan yang kita ambil tidak akan ada yang salah ataupun betul.. kerana pemilihan kita itulah takdir kita. penentuan kita.. jalan cerita hidup kita di dunia ini. cuma selepas kita memilih perlulah pandai mengorak langkah dalam pilihan kita.

Tiada yang datang dengan sendiri. duit, cinta, kerja, rakan, dan sebagainya tak akan datang bergolek atau turun dari langit.. usaha perlu setimpal keyakinan dan kerajinan kita.. kita yang memilih siapa kita di masa depan. selagi punya kewarasan memilih.. pilih lah sebijak2nya.

marah, cemburu, ego, bongkak, baik, sayang,cinta dan sebagainya adalah tindakan yg dipilih setiap individu dgn sendirinya.. Ingat.. siapa yang mengawal siapa... kita mengawal tindakan kita? atau tindakan kita itu yang mengawal kita? PILIH lah... PILIH lah... PILIH lah.....

Thursday, May 5, 2011

A Sad Story...

The question is... can we do it??

To love someone is nothing, to be loved is something.. to be loved by someone you love is everything..

Wednesday, May 4, 2011

Akulah Insan

kegelapan malam yang
tiada cahaya
membuatkan diriku tenggelam
bersama

irama yang nan syahdu
tiada berlagu
hanya dirimu
di hatiku

dendangan merdumu
membuai tidur lenaku
mengalun mimpi mimpi ku
bersama kamu

aku lah insan
waktu berduka
aku lah teman
waktu gembira
aku lah insan
yang kan bersama
aku lah teman
kamu di syurga

pejamkanlah matamu
hilangkan segala tangisan
lupakan yang berlaku
kerna ia telah pun berlalu

dari hidupmu
dalam tidurmu
esok bermula
segala semula

Monday, May 2, 2011

Pencarian



Hidup sebagai manusia penuh dengan pencarian. tak akan pernah terhenti utk kita mencari sesuatu. samada mencari barang, makanan, kawan, kekasih, keluarga, allah, diri kita sendiri.. dan sebagainya

Pernah tak korang terfikir? bila kau ditimpa musibah baru allah s.w.t yg korang semua cari? paling koman pun keluarga.. mana kekasih korang? mana kawan2 korang? korang takkan cari diorang kerana faktanya korang sedar diorang takkan dapat menolong korang diwaktu didalam keadaan bala yg datang..

Korang tak rasa malu atau segan ke bila mula2nya kau enjoy happy sampai lupakan tuhan dan bila terjadi sesuatu buruk kat korang, baru kau ingat allah..
dan bila keadaan dah ok.. korang lupa diri balik? banyak kali benda ni terjadi kat aku.. sampai suatu tahap aku malu utk mohon keampunan yang maha esa..

Tapi itu perkara biasa utk makhluk yang bernama manusia.. selagi kau tak berpegang dgn iman kau dan alif lam lam ha.


kau sentiasa terpesong.. dan sedarlah sesungguhnya allah lebih menghargai manusia yg mencari-NYA.


Berkaitan dengan entry aku kali ni. aku didalam keadaan ditimpa musibah. sampai kepala aku kusut. dan aku cuba berubah merajinkan diri aku mendekatkan dengan allah s.w.t tapi aku tersedar balik, adakah perubahan aku kerana-NYA atau atas musibah yg berlaku? aku tak mahu perubahan aku utk sementara sahaja. jadi aku cuba memencilkan diri. cuba mencari ketenangan dan bermuhasabah diri.

Aku mula mencari siapa diri aku di atas bumi hak milik-NYA. tetapi macam mana dapat aku cari dan peroleh semua tu kalau aku tak rasa tenang? alhamdulillah setakat ni aku tak gila. tapi cukuplah aku bergelak ketawa dengan mereka. cukuplah aku dgn berbual kosong. aku inginkan masa sendirian dalam mencari satu ketenangan, satu kemaafan, satu ketakwaan.

Aku ingin berubah kerana Allah s.w.t bukan sebab lain.. biarkan aku didalam minda aku sendiri utk sementara waktu.. sesungguhnya aku terluka.. dan tiada siapa yang dapat membantu aku.. jadi aku akan teruskan pencarian aku.


(fahami lah lagu ini.. )

Mungkin tiada yang akan memahami entry aku kali ni. kerana entry aku ini memaksa kamu semua utk berfikir dgn persoalan yang aku berikan, dan ayat2 tersirat yg aku luahkan. fahami lah bahawa mencari sesuatu adalah susah.. dan cuma masa yg akan membawa kita menjumpai sesuatu..

Sunday, May 1, 2011

LAYANG2 KU MELAYANG

assalamualaikum jembalang-jembalang yg membaca blog aku ni..
ikut kan banyak gak cerita aku nak tulis.. sbb 3 bulan kaaan cuti.. cuma aku takde ada idea nak tulis apa sampai la member aku cakap pasal cerita sensasi kita pada hari ini.. LAYANG2..
bukan pasal dia nak main layang2. atau bukan dia nak buat layang2.. tak tak.. tapi apa yg dia maksudkan tu
adalah kawan itu ibarat layang2. penah korang terpikir? semakin kuat angin, semakin jauh layang2 tu pergi.. dan kalau kita tak tarik layang2 tu balik, terputus lah layang2 tu terbang bersama angin.. tapi kalau taknak layang2 tu terputus, kotor bagai.. simpan buat perhiasan jela.. hehe
yaaa.. layang2 ni Sama la juga dgn persahabatan.. kalau kita tak cuba bergaul, pegang dan bermain (senang citer communicate) dgn kawan kita diorang akan jadi macam perhiasan la.. mcm account FB tu.. kawan atas nombor~ pastu bagitau orang kawan aku dalam fb lagi ramai dari kau! eh eh ku cepuk gak kang, banyak lak bunyi setan ni~ haha.
anyway, balik kat kes layang2 ni. bila kita dah
"communicate" kita jadi rapat dan rapat dan rapat. sampai satu masa kita amik risk utk main layang2 ni. dalam case human, berbalah, cemburu, membahan dan bagai. tanpa dalam sedar..
kita dah buat layang2 tu berangin..
dan semakin lama kita buat macam tu semakin jauh dia pergi dari kita.. BETUL??
jadi apa yg korang perlu buat utk selamatkan layang2
(tali persahabatan) korang tu, korang kena pegang dan tarik balik biar berdarah sekali pun.. sama la kes dgn kawan2 ni..
bila kita ada perbalahan, kita kena fix kan balik. tarik balik. pujuk dan rapat balik dgn diorang.
sbb bila jadi keadaan macam tu. kau yg pegang tali atau terma lainnya tangan diorang. jgn biarkan layang2 pergi jauh.. PUTUS NANTI...
Pabila putus nya tali, layang2 tu akan terbang tah mana2 sampai la satu hari atau masa, kita akan terjumpa balik layang2 tu. dan bila kita tgk, dah rosak..
maka... PUTUS dan ROSAK lah jua PERSAHABATAN kau.. kita hidup cuma sekali. kau sebok apa nak cari musuh? kau sebok apa nak bedengki dgn orang?? kita hidup biar ramai pertalian..
ada quote ni. if u are kind to the world, the world will be kind to you.. orang dah minta maaf, maaf kan.. sedang allah s.w.t pun ampunkan hambanya, kau sapa taknak ampunkan orang?? c'mon.. GROW up...
member2 lain terseksa dan aku percaya korang pun ada masalah yg sama dgn "kawan" kan?? be wise. be reasonable. turunkan ego.. rendahkan diri tu sikit.. tarik balik pelan2. jgn henjut zap camtu ja.. memang putus la answer dia kan??
aku harap kau paham serba sikit pasal terms layang2 dan kawan2 ni. aku pun dah melalut emo tak tentu pasal.. satu hapah pun tak jadi..
for now aku undur dari~ chaloow...

Malang Tidak Berbau


maaf la.. leh tahan lama gak aku tak update blog aku ni.. walaupun aku tau tak ramai mana pun tgk hehe.. lagipun aku baru teringat yang aku rupa2nya ada blog.. hehe lupa~~

hemm.. skang ni bulan mei..
menandakan cukup sebulan aku di dalam kesakitan dan menahan perit dalam proses pemulihan aku.. kerana tanggal....... em... hehe.. tak ingat laa. tp hujung bulan 3 aritu aku terlibat di dalam satu kemalangan...

kemalangan aku ni agak kelakar sikit.. quite stupid if tgk dgn mata kasar.. sbb aku accident dengan anjing. bersama2 dgn teman baik aku abdullah solehin adnan. sebenarnya kami waktu tu on the way balik rumah dari kolej tgk jadual exam.
tapi malang tidak berbau dan sgt busuk la kalau dah tar highway tu bercampur lak dgn darah aku dgn bekas tayar kereta orang len.. =_=" huhu..

anyway.. accident tu terjadi dekat highway bukit dukung. elok2 aku bawak moto sambil nyanyi. aku nampak ada anjing melintas kejar lori
(diulangi ATAS HIGHWAY!) so aku buat bodo ja la sebab takde kena mengena dgn aku..
TUP TUP~ anjing tu boleh plak patah balik menghala ke arah aku.. aku dah dekat dgn dia memang aku takleh buat apa la.. mengelak kiri jatuh mengelak kanan jatuh. brek wikang kang member aku lak yang melambung. =.=" hahaha..

last2 betapa cepatnya masa berlalu nak pikir apa pun tak sempat... aku pasrah, pejam mata dan disaat tu la aku dapat rasa terbang macam superman.. cium tanah.. akibatnya rahang kiri kanan aku patah, dagu aku pun broken. 5 gigi aku hancur.. hilang.. kulit mulut aku terkoyak..

member aku plak.. HAMPEH.. dia terjun dulu.. bukan nak tarik aku sekali.. hahaha.. macam mana pun ada gak injured dia kuku kaki patah dan kaki dia luka dalam.. mungkin sebab terseret kot..
aku tak berapa nak tau sgt keadaan dia sbb keadaan aku sendiri pun boleh dikatakan teruk..

seminggu aku kat wad hospital serdang..
buat operation masuk besi kat dagu.. yg rahang diorang (doktor) takleh kacau sbb patahnya dekat dgn urat dan darah.. jadi kalau tersilap sikit, maybe rahang aku leh jatuh.. jadi aku diberi tempoh selama 3 bulan utk duduk kat rumah dan rehat..

heh. tp diorang silap!!.. memang tak ar aku nak dok senyap kat rumah.. aku kaki rayau.. tak reti dok senyap.. dan disaat jadinya musibah tu.
aku nampak siapa yg betul2 dgn aku..
siapa kawan siapa lawan. aku tak pernah silap dalam memilih kawan.. tak putus2 jengok aku, tgk aku, tp ada gak yg leceh. sbb bahankan aku sebab officially 2 gigi depan aku hilang..
hahaha. daym!!!

orang kata yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti. tp nak tumbuh pe jadahnye umur aku dah 21.. gigi susu dah setel semua..
dan nak ganti lagi la. sebatang gigi rm2100 mana nak cari kalau dah 5 batang gigi hilang..
dekat 10k gak duitnya.. grrrr...

ni gambar aku selepas 2 hari accident tu.. err. lupa nak habaq, staff2 hospital kajang suruh aku balik r
umah sbb kata depa aku ok..
takda yg patah.. accident jumaat, checkup isnin.
isnin tu baru diorang tau patah.. tupun doktor bangang tu pegi tekan dagu aku lepas begado suruh bukak mulut luas sikit.. mmg tak dapat la kalau rahang aku patah gile! dah2 ni gambarnye