Total Pageviews

Friday, June 10, 2011

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat?


KAHWIN? agak2 korang(yang lelaki) lepas ke tak nak menikah dgn anak dara pakcik2, dato2, pak imam2 dgn keadaan korang sekarang??? hehe. actually post kali ni aku nak copy paste dari blog member aku.. quite interesting and factual. It explains everything on the cause of late marriage..

DIPERSEMBAHKAN....

Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip,
boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dala
m bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun
Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.
Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang
dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. Ini berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu.

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda : berapa-berapa yang u sanggup
anda : RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh' * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang. wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembah
an. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat. Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. B
udaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1) Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada benda bend
a yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pon dah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2) “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu. Kal
au ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan benda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3) Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan
muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?
...dan yang si lelaki menangung bebannya...

fikir kan sejenak....

No comments:

Post a Comment