Total Pageviews

Sunday, June 26, 2011

Ini baru life yg aku nak..

Merantau... tgk dunia.. tengok kawasan2 yg belum pernah aku jejak.. itu la sebenarnya hobi aku, life yang aku nak... jauh perjalanan luas pemandangan.. pusing2 malaysia pun cukup la... nak pusing dunia tak mampu.. andai dah mampu mmg keja aku berjalan je..
Semalam aku dan 3 kawan baik aku menggila sekejap tgh2 malam. dgn tak tido dan kebosanan tahap melampau, terus shoot ke kolam air panas langat, lepak2 kat sana dan berendam selama sejam, kami membawa diri ke bukit broga pada pukul 4.. dalam 4.40 dah sampai dah broga.. kami start mendaki pada pukul 5... sampai ke puncak ambil masa selama 40 minit lebih.. setengah jam boleh sampai dah kalau tak rest amik nyawa haha.. dah sampai ke puncak kitorang rileks dan bergambar kat atas tu dan kitorang kemudiannya naik lagi 2nd level bukit broga tu... mmg curam abis.. aku dgn bersandal je naik bukit agak licin tp boleh lagi gagah naik.. haha.. alhamdulillah takde apa2 jadi...

dekat atas puncak.. dgn munculnya waktu pagi.. mmg adalah satu kejadian yg membuat kan perasaan aku, diri aku fresh... tenang dan senang.. otak aku yg selama ni kusut.. jadi lega.. dgn kabus membelai2 pipi aku. pergh sjuk la dol... slack satu je.. tak dapat tgk matahari naik sbb kabus tutup bukit tu pagi tadi.. hem tp takpa.. next time insyallah..

Lepas dah puas lepak atas bukit, kitorang turun dan membawa diri ke Sg.tekala.. memang cantik memang best... air terjun semua complete ada... yg kurang satu je.. kat area2 atas management tak jaga kebersihan.. tak pantau.. tp takpa la.. sampah takde banyak mana.. plastik je pun... bukan ada nasi basi ke ape ke... so kitorang mandi la.. imagine.. pukul 8 time tu... mmg sejuk sgt la der... terbaaaik.... berendam lama juga sampai pukul 11 baru puas mandi.. then kitorang balik..

Ondaway balik, kitorang ikut jalan dalam... ikut empangan langat.. view dia, subhanallah.. sangat2 cantik... kalau aku sorang saja yg pergi, aku rasa aku stop dekat situ lepak kejap.. tp memandangkan rakan2 aku yg lain, semua dah jadi panda.. mata masing2 dah hitam.. kami teruskan perjalanan je la pulang ke rumah masing2.. sampai rumah dalam pukul 12.. dah.. sampai.. apa lagi???? tak reti2??

MEMBUTA LA SAMPAI skang ni ada lagi kawan aku yg tgh enak dibuai mimpi.. ahhaahhaahaha.. =.=" memang aku nak buat lagi aktiviti macam ni.. sehat pun sehat.. naik broga.. kira exercise la tu. =) assalamualaikum~ (>.<)

Friday, June 10, 2011

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat?


KAHWIN? agak2 korang(yang lelaki) lepas ke tak nak menikah dgn anak dara pakcik2, dato2, pak imam2 dgn keadaan korang sekarang??? hehe. actually post kali ni aku nak copy paste dari blog member aku.. quite interesting and factual. It explains everything on the cause of late marriage..

DIPERSEMBAHKAN....

Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip,
boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dala
m bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun
Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.
Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang
dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. Ini berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu.

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda : berapa-berapa yang u sanggup
anda : RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh' * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang. wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembah
an. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat. Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. B
udaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1) Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada benda bend
a yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pon dah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2) “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu. Kal
au ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan benda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3) Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan
muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?
...dan yang si lelaki menangung bebannya...

fikir kan sejenak....

Friday, June 3, 2011

sad story 2

A women walk off from the men that she just slap and humiliate. giving the man a cold sadness and despair.. thinking what he had done to receive those words.

They was once a happy loving couple until the day that the man saw the women he love in his friend's arm.. He hides his anger and act like it never happen and thought of it as a trick of his eyes. He ignore the fact that the women is cheating on him.. although it is true

A year has passed, lots of story has he heard.
a lot drama has he seen.
but he ignored it blankly. then when he was eating with his niece, the women came
and slap him and humiliate him without giving the chance for the man to reason out.
she then walk off in anger and went straight towards a busy road not knowing there is a car moving fast towards her..
Then everything went dark.

The next day she woke up realizing she is in hospital later ask her parents, what had happen..
the mother said that she has been in an accident with a car. the women ask her mother again, "then why i am not badly injured?" her mother shook her head with tears dropping out. "you was not badly injured because your boyfriend, has pushed you aside and take the hit by himself."

The women was in shock and yelled out asking about the man, then stood there was a woman who was with the man he loved when everything happens.
Every words, every insults... the woman introduced herself as his niece and told everything.
She said that the man knows everything about the woman's doing, they met because of that problems.
the man was trying to find a solution.
she even showed the women a video of her action with a guy on a bed.

The women gasps for air. tears fall out. then she thought. "that was half a year ago!".. the niece then said he knew about this for quite a long time.. then the women ask the niece about the man but the niece instead answering the question, she gave the women a piece of paper with a short sentence.

"It is from that day."

she read out the notes "My dear, Lissa." but she then noticed that half of the pieces was ripped apart

the women is confused but then burst to tears again after seeing the half of the paper appear to be attached with a box written out "will u marry me?"

the niece then said
"congratulations you are officially engage and my condolences.
your fiancé just died for your sake."

Wednesday, June 1, 2011

haruskah

haruskah diriku, memohon keampunan
terhadap dirimu yang melukakan
bersalahkah aku, bertanyakan kamu
siapakah manusia itu

mengapa kau berdusta
didepan mata ternyata
kau menduakan cinta

ku berlari dan terus berlari
melupakan yg telah terjadi
namun sentiasa ku ingati
dan kini ku kembali

darah merah pekat tersimbah
di telapak tangan yg ku tadah
senyuman kau ku ukirkan indah